PENGENALAN PERNIAGAAN

     SETIA MULTI SERCIVES telah dibangunkan 2 tahun sebelum didaftarkan pada 14 August 2018 menurut peruntukkan-peruntukkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan menggunakan nombor pendaftaran SA0490606-M. Perniagaan ini mula bergerak aktif dalam menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, pembersihan dan pembinaan kontraktor.

    SETIA MULTI SERVICES merupakan sebuah perniagaan milik tunggal yang dibangunkan sepenuhnya oleh Iskandar Zulkarnain Bin Jamsari. Beliau merupakan pengurus perniagaan tersebut yang dipertanggungjawab dalam menjanakan segala perniagaan syarikat supaya mencapai visi yang dirancangkan. Dengan berbekalkan ilmu dan pengetahuan dalam bidang pemesinan industri dan juga modal beliau untuk menubuhkan perniagaan ini, belai yakin perniagaan ini mampu berkembang lebih maju dan lebih professional pada masa akan datang.

       MISI yang menjadikan tunggak utama perniagaan ialah ingin menjadi salah satu pembekal perkhidmatan berteknologi tinggi dan serba morden dikalangan pengusaha-pengusaha di Malaysia. Dengan ini perniagaan SETIA MULTI SERVICES juga mempunyai daya saing yang tinggi sesama perniaga yang lain secara sihat. Selain itu, SETIA MULTI SERVICES juga memainkan peranan dalam melakukan kerja-kerja syarikat bagi membantu masyarakat setempat dengan mengadakan peluang pekerja yang berkemahiran supaya dapat memperluaskan kemahiran yang dimiliki secara tidak langsung.

Comments

Popular posts from this blog

INFOMASI PRODUK PRONANO (SETIA MULTI SERVICES)